
Rondaan pasukan bomba mendapati banjir di Kampung Baru, Jalan Abang Suhaili dan Kampung Muhibah, Jalan Bleteh, telah surut sepenuhnya. Kesan lumpur banjir kelihatan memenuhi jalan dan kawasan dua kampung tersebut.
KAPIT: Banjir di Kampung Baru, Jalan Abang Suhaili dan Kampung Muhibah, Jalan Bleteh, di sini telah surut sepenuhnya.
Tinjauan yang dijalankan pasukan bomba mendapati kesan lumpur banjir kelihatan memenuhi jalan dan kawasan dua kampung tersebut.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Andy Alie berkata, sepanjang rondaan jam 9 hingga 9.30 pagi semalam, mendapati banjir di dua kampung itu telah surut sepenuhnya.
“Semasa rondaan, keadaan cuaca adalah baik, tiada penyelamatan dan pemindahan dilakukan setakat ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
|