CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

[Kedah] KTMB bakal miliki 12 set tren elektrik bernilai RM283 juta

[Copy link]
Post time 25-3-2025 01:39 AM | Show all posts |Read mode
KTMB bakal miliki 12 set tren elektrik bernilai RM283 juta

Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Mac 24, 2025 @ 7:54pm hifzuddin@bh.com.my





Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bercakap media ketika kunjungan ke Stesen KTM Alor Setar. - Foto NSTP/WAN NABIL NASIR.




ALOR SETAR: Kementerian Pengangkutan mengumumkan pembelian 12 set tren elektrik baharu bernilai RM283 juta bagi meningkatkan perkhidmatan KTM Komuter Utara.

Menterinya, Anthony Loke, berkata melalui pembelian itu, syarikat CRRC Rolling Stock Center (Malaysia) Sdn Bhd akan menyerahkan tren baharu berkenaan secara berperingkat dalam tempoh 36 bulan.

"Kerajaan pada 20 Mac lalu, mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) kepada CRRC Rolling Stock Center (Malaysia) Sdn Bhd melalui tender terbuka bagi perolehan 12 set tren 'Three Car Set (3CS)' untuk perkhidmatan KTM Komuter Utara.

"Pembinaan tren baharu ini akan bermula serta merta dan dibekalkan secara berfasa dalam tempoh 36 bulan dengan tren pertama dijangka diterima dalam tempoh 22 bulan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Loke berkata, kos keseluruhan pembelian tren berjumlah RM283 juta adalah merangkumi kerja reka bentuk, pembinaan, penghantaran, pengujian dan pentauliahan tren sebelum diserahkan kepada KTMB untuk operasi penuh.

"Perolehan 12 set tren baharu ini dijangka meningkatkan frekuensi perkhidmatan KTM Komuter Utara, sekaligus mengurangkan waktu menunggu penumpang.

"Kita akan menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih selesa, moden, dan efisien kepada semua pengguna dalam sektor ini," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/03/1376432/ktmb-bakal-miliki-12-set-tren-elektrik-bernilai-rm283-juta





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2025 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.073757 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list