CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 96|Reply: 0

[Sarawak] Air sungai berhampiran Rumah Kelau dan Rumah John Malee pada paras waspada

[Copy link]
Post time 24-3-2025 03:28 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan di Rumah John Malee, Nanga Embuau, Song. - Gambar Bomba Song

SONG: Hasil rondaan di Rumah Kelau, Nanga Lijau dan Rumah John Malee, Nanga Embuau telah mendapati air sungai ketika ini adalah pada paras waspada.
Penduduk Rumah Kelau dan Rumah John Malee dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada ketika paras air naik.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerusi kenyataannya memberitahu, pasukan bomba diketuai Azman Hanapis bersama pihak polis daerah Song diketuai Sarjan Zekaria Boyan telah melakukan pemeriksaan dari segi fizikal di kawasan rumah panjang tersebut, pagi tadi.

“Sepanjang rondaan, didapati keadaan cuaca adalah mendung. Trend air sungai ketika ini adalah pada paras waspada.

“Pasukan bomba memberi nasihat kepada penduduk rumah panjang supaya berjaga-jaga ketika paras air naik,” katanya menerusi kenyataan.
Pasukan bomba akan menjalankan rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2025 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.060014 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list