View: 90|Reply: 0
|
[Sarawak]
Pemimpin masyarakat Cina digesa laksana tanggungjawab penuh komitmen
[Copy link]
|
|
Edited by Vellfire at 24-3-2025 02:27 PM

Lau (duduk di tengah) bersama ahli Persatuan Ketua Masyarakat Cina Bahagian Sibu selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi penggal 2025-2026 di Sibu.
SIBU: Pemimpin masyarakat Cina digesa melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komitmen serta bertindak secara konkrit dalam memenuhi keperluan komuniti.
Pengerusi Persatuan Ketua Masyarakat Cina Bahagian Sibu, Dato Vincent Lau Lee Ming, berkata pemimpin berperanan sebagai jambatan antara kerajaan dan rakyat bagi memastikan komunikasi yang berkesan serta kelancaran pelaksanaan dasar.
Berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan bagi penggal 2025-2026 malam tadi, beliau turut menegaskan bahawa perpaduan adalah kunci kepada pembangunan berterusan komuniti.
“Perpecahan dalaman hanya akan melemahkan pengaruh kita dan menghalang kemajuan,” katanya.
“Kita perlu mengutamakan kebajikan rakyat serta mengelakkan pertikaian yang tidak perlu atau konflik dalaman yang boleh menjejaskan usaha membangunkan masyarakat,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua ahli supaya mengenepikan perbezaan peribadi dan bekerjasama demi kepentingan bersama.
Lau turut merakamkan penghargaan kepada ahli jawatankuasa terdahulu atas sumbangan mereka serta mengalu-alukan kepimpinan baharu.
Beliau sambil menyeru mereka supaya mengamalkan inovasi dan bekerjasama dalam memajukan persatuan.
Beliau juga mengakui kepentingan sokongan daripada ahli dalam menjayakan aktiviti persatuan dan menggalakkan penyertaan lebih aktif bagi memaksimumkan impaknya.
“Hanya melalui perpaduan dan kerjasama kita dapat mencapai potensi penuh kita. Matlamat kita adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mewujudkan konflik dalaman,” katanya.
https://www.utusanborneo.com.my/2025/03/23/pemimpin-masyarakat-cina-digesa-laksana-tanggungjawab-penuh-komitmen-lau
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|