CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 83|Reply: 0

[Sarawak] Guna teknologi digital untuk pasar produk tempatan

[Copy link]
Post time 24-3-2025 08:33 AM | Show all posts |Read mode


Larry menyampaikan geran kepada JKKK dari kawasan Bayong, Sarikei.

SARIKEI: Golongan wanita di Parlimen Julau perlu meningkatkan kemahiran dalam dunia digital demi kemajuan diri.

Ahli Parlimen Julau Datuk Larry Sng Wei Shien berkata, ini khasnya melibatkan pemasaran barangan kraf tangan dan produk tempatan.

"Wanita di rumah panjang terutama dari golongan masyarakat Iban dan Dayak amat terkenal dengan penghasilan kraf tangan yang berkualiti dan unik.

"Produk seumpama ini amat digemari dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran luar.

"Sehubungan itu, kita berharap mereka memanfaatkan perkara ini untuk menambah dan menjana pendapatan," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Soon, Bayong, dekat sini, baru-baru ini.

Larry berkata, beliau bersedia membantu golongan tersebut dalam memasarkan produk kraf tangan mereka terutama ke luar negara.
Katanya, jika diusahakan dengan serius dan secara komersial, bidang itu diyakini mampu menjana pendapatan lumayan.

Sementara itu, beliau memohon agar setiap rumah panjang menubuhkan Biro Keselamatan dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS

"Langkah ini amat penting dalam memastikan keselamatan rumah panjang terutama daripada ditimpa musibah kebakaran," jelas Larry lagi.

Pada majlis itu, Larry turut menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah keseluruhan RM37,450 kepada lapan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Perima geran tersebut ialah JKKK Rumah Soon, JKKK Rumah Antam, JKKK Rumah Engol, JKKK Rumah Jen, JKKK Rumah Lat, JKKK Rumah Landan, JKKK Rumah Ngaya, Sebangkoi dan JKKK Rumah Empaling/Latoh.



Larry menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Soon, Bayong.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/03/22/guna-teknologi-digital-untuk-pasar-produk-tempatan-larry

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2025 03:20 PM GMT+8 , Processed in 0.044785 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list