CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 76|Reply: 0

[Sarawak] Program Semarak Syawal di 262 lokasi seluruh negara

[Copy link]
Post time 24-3-2025 08:16 AM | Show all posts |Read mode


Abdul Rashid pada Program Semarak Syawal di Pasar Minggu, Medan Niaga Satok, hari ini.-Gambar BERNAMA

KUCHING: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengenal pasti 262 peruncit di seluruh negara bagi pelaksanaan program Semarak Syawal 1446H Tahun 2025, untuk membolehkan orang ramai membeli barangan keperluan menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri berkata lembaga itu menyasarkan nilai jualan berjumlah RM5 juta bagi inisiatif berkenaan di Sarawak, dengan 72 lokasi program dikenal pasti di seluruh negeri berlangsung hari ini sehingga 30 Mac.

“Perasmian program di peringkat kebangsaan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu bakal diadakan pada 29 Mac ini di kawasan parlimen beliau, iaitu Kota Raja.

“Kita lihat di Medan Niaga Satok, Kuching ada lebih kurang 870 usahawan serta peniaga kecil yang terlibat dalam program ini, jadi kita mengharapkan pengunjung daripada sekitar Kuching dan kawasan berhampiran untuk kita kongsi rezeki dengan usahawan tempatan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Sambutan Semarak Syawal 1446H peringkat Sarawak, di sini hari ini.

Abdul Rashid berkata kesemua 72 peruncit di Sarawak melibatkan Medan Niaga Satok, dua peruncit pasar tani kekal, pasar tani (11), Agrobazaar Rakyat (21) dan Agrobazaar Kedai Rakyat (37).

Turut diadakan sebagai pengisian program ialah Jualan Agro Madani (JAM) dengan tawaran antaranya satu metrik tan ayam bulat segar berharga RM10 seekor, telur selenium gred B berharga RM15 sepapan dan produk industri asas tani tempatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2025 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.041875 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list