CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 114|Reply: 0

[Pulau Pinang] Video lama lelaki ditahan tumbuk, cakar polis tular semula

[Copy link]
Post time 24-3-2025 12:53 AM | Show all posts |Read mode
Video lama lelaki ditahan tumbuk, cakar polis tular semula

Zuhainy Zulkiffliam@hmetro.com.my




Tangkap layar video yang ditularkan semula. FOTO tular



Georgetown: Polis menegaskan bahawa video tular yang memaparkan penahanan seorang lelaki di sini bukan kejadian baharu, sebaliknya berlaku pada 1 Januari lalu, dan individu terbabit sudah dihadapkan ke mahkamah serta dijatuhi hukuman.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, video itu dikesan ditularkan semula di media sosial hari ini, meskipun kes berkenaan sudah diselesaikan di mahkamah.

"Lelaki terbabit sudah dituduh di Mahkamah Majistret Georgetown pada 3 Januari lalu dan mengaku bersalah serta didenda RM2,000.

"Orang ramai diminta tidak menularkan atau membuat sebarang spekulasi mengenai video itu sehingga mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat," katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Disiarkan pada: Mac 23, 2025 @ 8:58pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/03/1200197/video-lama-lelaki-ditahan-tumbuk-cakar-polis-tular-semula




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.261169 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list