CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 89|Reply: 0

[Sarawak] Remaja lelaki hilang tiga hari di hutan Selangau ditemui selamat

[Copy link]
Post time 21-3-2025 11:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 21-3-2025 11:43 PM



Pasukan penyelamat dari berinteraksi dengan remaja yang ditemui selamat selepas tiga hari dilaporkan hilang di kawasan Rumah Lang, Nanga Meruan Dijih, Selangau. - Gambar APM

SELANGAU: Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang sejak 18 Mac lalu ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pagi ini di kawasan belakang rumah panjangnya di Rumah Lang, Nanga Meruan Dijih, di sini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau Leftenan (PA) Luke Douglas Dongum berkata, mangsa dikenali sebagai Desmond Irang Julia, 13, dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar bermain sekitar jam 5 petang pada hari kejadian.

"Kehilangan mangsa disedari oleh ahli keluarga sebelum laporan polis dibuat bagi memohon bantuan pencarian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Selangau menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada pihak polis pada jam 9.52 malam Khamis.

"Operasi SAR dimulakan pada jam 9 pagi keesokannya (Jumaat), melibatkan pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangau, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangau serta pihak polis," katanya.

Luke berkata, mangsa ditemui pada jam 9.55 pagi kira-kira 50 meter dari rumah panjangnya dalam keadaan selamat dan tanpa sebarang kecederaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2025 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.070019 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list