CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 113|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak negeri pertama anjur SELC 2025

[Copy link]
Post time 21-3-2025 10:33 AM | Show all posts |Read mode


Kuching: Sarawak bakal menjadi negeri pertama di Malaysia menganjurkan Persidangan Kesusasteraan Inggeris Sarawak (SELC) 2025 untuk memperkukuh literasi bahasa Inggeris serta menghubungkannya dengan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).


Persidangan ini dijadual berlangsung di Hikmah Exchange Event Centre dari 17 hingga 19 September 2025, dengan pelbagai pengisian termasuk ucaptama, sesi perbincangan panel, dan bengkel yang dikendalikan oleh penceramah tempatan serta antarabangsa terkemuka.

Acara yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Layar (LEDC) dengan sokongan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) serta Business Events Sarawak (BESarawak) dijangka menarik kehadiran 1,000 delegasi dari pelbagai sektor.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu menekankan kepentingan literasi bahasa Inggeris dalam melengkapkan rakyat Sarawak dengan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam dunia yang semakin maju.

Menurutnya, Sarawak yang mempunyai kepelbagaian budaya merupakan satu kekuatan.

“Kecekapan dalam bahasa Inggeris melengkapi warisan pelbagai bahasa kita dan membuka lebih banyak peluang untuk rakyat kita menyertai perbincangan di peringkat tempatan serta global.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BESarawak, Amelia Roziman, berkata pihaknya telah memberi keutamaan kepada pendidikan melalui inisiatif jangkauan komuniti mereka selama tiga tahun yang lalu.

Pengerusi LEDC, Paul Langgang, turut menyatakan keterujaannya terhadap kesan positif yang bakal dibawa oleh persidangan ini.

“Usaha LEDC adalah sejajar dengan visi Jolly Learning UK, STEM Learning UK, serta misi yang lebih luas dalam memperkasakan pendidik, meningkatkan hasil pembelajaran pelajar, dan menggalakkan penglibatan masyarakat.

Sebagai sebahagian daripada usaha transformasi ini, SELC 2025 turut memperkenalkan perbincangan mengenai Integrasi STEM-Literasi, yang menggabungkan literasi dalam pendidikan STEM bagi memperkukuh pembelajaran kedua-dua bidang ini.

Penceramah utama termasuk Ketua Pegawai Eksekutif baharu Jolly Learning, Gilbert Jolly; Penulis bersama Jolly Phonics, Sara Wernham; dan pakar pendidikan STEM yang berpengalaman dalam pembangunan kurikulum, Sarah Dagnell.

SELC 2025 diharapkan dapat memainkan peranan sebagai platform utama dalam memacu perubahan pendidikan di negeri ini, selari dengan visi Sarawak dalam membangunkan tenaga kerja yang mahir dan berdaya saing terutamanya dalam bidang STEM.

Sebarang pertanyaan dan penyertaan boleh dihantar ke sarawakenglishliteracyconf@gmail.com atau menghubungi sekretariat persidangan di +6082 555 189.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2025 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.052315 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list