CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 94|Reply: 0

[Sarawak] Polis mohon bantuan kesan kanak-kanak lelaki hilang

[Copy link]
Post time 21-3-2025 10:26 AM | Show all posts |Read mode


Desmond Irang Julia

MUKAH: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah meminta bantuan dan kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kehilangan tersebut pada 1.59 tengah hari, semalam.

“Orang hilang (OH) dikenali sebagai Desmond Irang Julia dan beralamat di Rumah Lang, Nanga Meruan, Dijih, Selangau.

“OH terakhir dilihat pada 5 petang, Selasa lalu dan tidak berbaju serta tidak berkasut, hanya memakai seluar panjang berwarna kelabu,” katanya dalam satu kenyataan, pagi ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan OH, boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Muhammad Nur Afiq Mohd Nur Azmi di talian 013-4874838 atau Pusat Kawalan IPD Mukah 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2025 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.048632 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list