Edited by Vellfire at 21-3-2025 10:13 AM

BINCANG: Chew (kiri) ketika dalam mesyuarat mengenai operasi itu baru-baru ini.
SANDAKAN: Pihak berwajib di sini telah mengumumkan tarikh bermula pemotongan penyambungan paip haram bermula pada 24 Mac ini.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh berkata, usaha itu akan dimulakan di kawasan Batu Sapi sehingga ke Jalan Leila.
"Bagaimanapun kerja-kerja berkenaan dikecualikan pada Sabtu, Ahad dan cuti kelepasan awam.
"Operasi bersepadu ini akan memakan masa selama 30 sehingga 45 hari dan turut disertai bersama pihak-pihak berkuasa di sini," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, berdasarkan laporan jabatan air di daerah itu, gangguan bekalan air akibat penyambungan paip haram melibatkan 160 kawasan (Sekong 120 dan Karamunting 40).
Oleh itu katanya, operasi itu penting dalam usaha menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan berkenaan.
|