CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 110|Reply: 0

[Sarawak] 27 KIR dipindahkan ke PPS Kompleks Sukan Kanowit akibat banjir

[Copy link]
Post time 21-3-2025 09:59 AM | Show all posts |Read mode


Keadaan sebuah rumah panjang yang dinaiki air, menyebabkan penduduk terpaksa berpindah ke PPS Kompleks Sukan, Kanowit. - Gambar APM

KANOWIT: Seramai 67 penduduk dari 27 Keluarga Isi Rumah (KIR) telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kompleks Sukan, Daerah Kanowit selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir pada malam tadi, (20 Mac).

Pegawai Bencana, Operasi, Latihan dan Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu Kapten (PA) Azamshah Apparel Kapten berkata, PPS tersebut mula beroperasi pada Khamis pada jam 6.30 petang.

Antara penghuni PPS ialah penduduk dari empat rumah panjang yang terjejas, iaitu Rumah Guntor, Nanga Ngemah (1 KIR, 18 orang), Rumah Ninti, Sungai Ngemah (4 KIR, 4 orang), Rumah Danneil, Nanga Peranan, Poi Kanowit (6 KIR, 16 orang) dan Rumah Asay, Nanga Kabah Kanowit (16 KIR, 29 orang).


Anggota keselamatan membantu memindahkan mangsa banjir ke PPS Kompleks Sukan, Kanowit, malam tadi. - Gambar APM


Mangsa banjir, termasuk kanak-kanak dan warga emas, tiba di PPS Kompleks Sukan, Kanowit, dan menjalani proses pendaftaran oleh APM. - Gambar APM

“Daripada jumlah keseluruhan mangsa, terdapat lima warga emas lelaki, sembilan warga emas wanita, lapan lelaki dewasa, 23 wanita dewasa, 12 kanak-kanak lelaki, tujuh kanak-kanak perempuan serta tiga bayi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, operasi di PPS ini dibantu oleh pelbagai agensi keselamatan dan kebajikan, termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kanowit dengan 15 anggota, Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai empat anggota, RELA (empat anggota), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (empat anggota) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kekuatan 10 anggota.

Azamshah turut menjelaskan sehingga kini, keadaan di PPS berada dalam kawalan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Katanya penduduk yang terjejas dinasihatkan untuk terus berhubung dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan bantuan sewajarnya.


Pasukan penyelamat terdiri daripada anggota APM dan ATM membantu penduduk yang terjejas akibat banjir untuk menaiki trak penyelamat di kawasan yang sudah ditenggelami air. - Gambar APM


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2025 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.083056 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list