CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7503|Reply: 0

[Johor] Polis kesan individu terbabit video acah pukul guna kayu

[Copy link]
Post time 12-3-2025 02:37 PM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar daripada video tular di media sosial menunjukkan insiden berkenaan

Johor Bahru: Polis membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian pertengkaran yang berlaku di Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL) menghala ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sini, di sini selepas video insiden itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan dijalankan selepas rakaman berdurasi 27 saat memaparkan seorang lelaki bertengkar dengan seorang lagi individu sebelum mengacah mahu memukulnya menggunakan sebatang kayu.

"Kejadian membabitkan seorang lelaki yang memandu Honda HR-V berwarna perak bertikam lidah dengan seorang lelaki lain. Berdasarkan video, suspek dilihat mengugut mangsa dengan kayu.

"Pihak polis kini giat mengesan kedua-dua individu terbabit bagi membantu siasatan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Video dimuat naik di media sosial pada kelmarin, dan kejadian dipercayai berlaku ketika jalan raya sesak.

Bagaimanapun punca sebenar kejadian masih tidak diketahui.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden ini diminta menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 atau mana-mana balai polis berhampiran.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.038229 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list