CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2733|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Selamatkan 4.8 tan sisa makanan Bazar Ramadan

[Copy link]
Post time 11-3-2025 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 11-3-2025 09:17 AM



Seremban: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) berjaya menyelamatkan 4,872.36 kilogram (kg) lebihan makanan bernilai RM53,595 menerusi kempen MYSaveFood di beberapa bazar Ramadan di Negeri Sembilan tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Awam Negeri, J Arul Kumar berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan 4,547.10 kg lebihan makanan dengan nilai RM50,279.

Menurutnya, program itu bukan sahaja membantu golongan memerlukan melalui pemberian makanan dan minuman yang tidak terjual secara percuma, malah turut mengurangkan penghantaran sisa makanan ke tapak pelupusan.

"Program ini adalah satu sistem pengurusan yang strategik dalam usaha mengurangkan pembaziran dengan menyelamatkan lebihan makanan dan minuman di bazar Ramadan seluruh negeri.

"Lebihan makanan yang tidak terjual akan dikumpulkan dan diagihkan kepada pelajar, rumah kebajikan, masjid serta surau untuk jamuan moreh, selain turut diberikan kepada golongan gelandangan," katanya semalam.

Arul Kumar yang juga Ahli Dewan Undangan Nilai itu berkata, pihaknya menyasarkan peningkatan kepada 5,000 kg lebihan makanan untuk diselamatkan pada tahun ini berikutan pertambahan jumlah peniaga.


"Program ini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada peniaga bazar yang memberi kerjasama baik dengan menyumbangkan lebihan makanan mereka," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kempen MYSaveFood selama 10 hari itu dikendalikan oleh SWCorp dengan kerjasama Pemuda GEMA Negeri Sembilan dan kini memasuki tahun keenam penganjurannya, melibatkan enam bazar Ramadan termasuk di Bandar Baru Nilai.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua penganjur bazar Ramadan supaya tidak menyewakan tapak niaga kepada warga asing. Pihak berkuasa tempatan, katanya, akan terus menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan hanya peniaga yang sah dibenarkan beroperasi.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.038089 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list