CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20845|Reply: 0

[Johor] 4 daripada 1,000 bayi lahir di Johor ada masalah pendengaran

[Copy link]
Post time 23-2-2025 07:56 AM | Show all posts |Read mode


Dr Mohtar Pungut @ Ahmad pada sambutan Hari Pendengaran Sedunia Peringkat Negeri Johor yang diadakan di Zoo Johor, hari ini. FOTO Izz Laily Hussein

Johor Bahru: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) merekodkan empat daripada 1,000 bayi yang dilahirkan di negeri ini mempunyai masalah pendengaran.

Pengarahnya Dr Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, statistik itu diperoleh daripada pemeriksaan yang dijalankan terhadap 86.75 peratus daripada keseluruhan bayi yang dilahirkan di negeri ini, tahun lalu.

Menurutnya, pihaknya akan meningkatkan pemeriksaan pendengaran terhadap bayi yang baru dilahirkan supaya mencapai tahap 90 peratus daripada jumlah kelahiran, tahun ini.

"Setiap bayi yang lahir akan dibuat saringan dan pemeriksaan pendengaran dalam tempoh 28 hari usia mereka, sekiranya bayi dikesan mempunyai masalah pendengaran, maka intervensi awal boleh terus dilakukan.

"Ada beberapa tahap dalam masalah pendengaran, sekiranya tidak kritikal, ia boleh dipulihkan atau mungkin memerlukan pemakaian implan koklea bagi membolehkan kanak-kanak ini mendengar semula," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sambutan Hari Pendengaran Sedunia Peringkat Negeri Johor di Zoo Johor di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Kepakaran Otorinolaringologi Johor, Dr Mohamad Khir Abdullah dan Pengerusi Persatuan Profesional dan Kumpulan Sokongan Implan Koklea Negeri Johor (PROCIJ), Dr Khairunnisak Misron.

Menurut Dr Mohtar, nisbah bayi mempunyai masalah pendengaran di negeri ini didapati lebih tinggi berbanding nisbah antarabangsa iaitu tiga daripada 1,000 bayi bagi kelahiran.

"Di peringkat dunia, terdapat tiga dalam 1,000 bayi dilahirkan mempunyai masalah pendengaran.

"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menganggarkan lebih 700 juta penduduk dunia akan mengalami masalah pendengaran pada 2050.

"Di Johor, program saringan pendengaran bayi universal (UNHS) dijalankan di enam hospital berpakar sejak 2017. Sekiranya tidak dibuat di hospital, pemeriksaan dilakukan di klinik kesihatan," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.071838 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list