CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7162|Reply: 0

[Johor] Pangsapuri mewah dijadikan 'pusat panggilan' tipu tawaran kerja tak wujud

[Copy link]
Post time 21-2-2025 09:49 AM | Show all posts |Read mode

ENAM ditahan dalam serbuan di unit pangsapuri di Permas Jaya di sini disyaki terlibat dalam kegiatan pusat panggilan (calling centre) tipu tawaran kerja. FOTO ihsan Polis

Johor Bahru: Polis menahan enam lelaki tempatan yang disyaki terbabit kegiatan pusat panggilan (call centre) untuk menipu orang ramai dengan tawaran kerja tidak wujud, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua suspek berumur lingkungan antara 25 hingga 38 tahun ditahan dalam satu serbuan di sebuah unit pangsapuri mewah di Permas Jaya di sini.

"Dalam serbuan itu, pihak polis berjaya merampas pelbagai barangan yang disyaki digunakan untuk menjalankan aktiviti penipuan.

"Antaranya, enam komputer pelbagai jenama, 24 telefon bimbit, enam baju, pengecas telefon bimbit dan kunci rumah.

"Hasil siasatan mendapati lima daripada suspek mempunyai satu kes rekod jenayah lampau berkaitan kes tipu tawaran kerja dan jenayah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Raub, kesemua suspek direman empat hari sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Disiarkan pada: Februari 21, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.053639 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list