CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8711|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Jual santan lebih RM14 sekilo, itu dikira ambil kesempatan

[Copy link]
Post time 20-2-2025 10:23 PM | Show all posts |Read mode

Jalaluddin pada Majlis Perasmian Seminar Teknikal Sayur-Sayuran dan Jom Bertani 2025 di Port Dickson di sini, hari ini.

PORT DICKSON – Peniaga diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga jualan santan secara tidak munasabah.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, terdapat segelintir peniaga dikesan menjual santan sekilogram sehingga RM18 dan di Simpang Durian sehingga RM16.

“Saya fikir ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab pembekal. Selain itu saya juga minta kerjasama kepada pengeluar kelapa dan pekedai untuk tidak menaikkan harga semata-mata kerana kekurangan bekalan kelapa ini.

“Saya dapat maklum harga santan satu kilogram boleh dijual sekitar RM12 ke RM 14. Kelapa bulat sekitar dalam RM 3.15 ke RM 3.30 satu kilogram.

“Kalau kita jual lebih daripada itu, bermakna kita mengambil kesempatan di atas kekurangan yang berlaku, “katanya pada sidang akhbar ketika ditemui pada Majlis Perasmian Seminar Teknikal Sayur-Sayuran dan Jom Bertani 2025 di Port Dickson di sini, hari ini.

Kata Jalaluddin lagi, isu kekurangan bekalan kelapa bukanlah satu masalah yang boleh mendatangkan panik dalam kalangan masyarakat atau yang boleh menjejaskan penggunaan kelapa di Negeri Sembilan.

“Saya faham di Negeri Sembilan lemang, nasi lemak, rendang, semuanya nak pakai (santan). Jadi kita sama-sama bekerjasama bagi mencukupi menampung kekurangan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.547523 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list