TANGKAP layar video tular memaparkan anggota polis dimarahi di pekarangan IPD Kulai
Kulai: Polis menahan empat lelaki selepas tular video memaparkan kejadian seorang anggota polis dimarahi di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulai Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada 4.40 petang daripada seorang anggota polis dan satu kertas siasatan dibuka.
"Empat lelaki berusia 17 hingga 23 tahun iyu ditahan antara 5.20 petang hingga 7.40 malam pada hari sama.
"Tiga suspek direman tiga hari, manakala seorang lagi direman sehari bermula semalam bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataannya, hari ini.
Tan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Disiarkan pada: Februari 20, 2025
|