CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34976|Reply: 0

[Johor] Kru kapal warga India hilang terjatuh di laut

[Copy link]
Post time 19-2-2025 06:15 PM | Show all posts |Read mode

Maritim Malaysia Johor mengaktifkan Op Carilamat mengesan kru kapal warga India dikhuatiri lemas berhampiran Tanjung Bin, Pontian.

PONTIAN - Seorang kru kapal warga India dikhuatiri lemas selepas terjatuh di laut pada kedudukan 1.4 batu nautika tenggara Tanjung Bin, di sini, Isnin lalu.

Pemangku Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika kapal dagang tersebut berlepas dari Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) menuju ke Singapura.

Maritim Malaysia Johor mengaktifkan Op Carilamat mengesan kru kapal warga India dikhuatiri lemas berhampiran Tanjung Bin, Pontian.

"Mangsa dikenali sebagai Sandeep, 36, kali terakhir dilihat pada jam 7.30 petang dengan berpakaian Orange Boilet Suit. Kapal berkenaan didaftarkan di Marshall Islands.

"Maritim Malaysia melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru sudah pun mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Op Carilamat)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sandeep dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Tanjung Bin, Pontian, Isnin lalu.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan, Op Carilamat ditumpukan di sekitar perairan Tanjung Bin dengan kekuatan 44 pegawai dan anggota dengan 10 aset laut dan darat.

Katanya, semua aset turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Bot Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) selain Maritim Malaysia.

Tambah beliau, pihak Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya juga berhubung dengan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Indonesia serta pihak berkuasa Singapura sekiranya mangsa dijumpai di negara jiran.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.054050 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list