CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17680|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Jelebu dilanda banjir, 51 mangsa ditempatkan di PPS

[Copy link]
Post time 19-2-2025 08:05 AM | Show all posts |Read mode

Sebuah PPS dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada jam 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa daripada 11 keluarga terjejas akibat banjir kilat. Foto hiasan

SEREMBAN - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada jam 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa daripada 11 keluarga terjejas akibat banjir kilat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu, Lt (PA) Mohd Najib Abdul Karim berkata, mereka terdiri daripada sembilan individu warga emas, 28 dewasa, 12 kanak-kanak serta dua bayi dari Ladang Jelebu, Taman Pekan Baru dan Taman Bandar Tinggi.

"Hujan lebat sejak 10 malam tadi mengakibatkan banjir kilat di kawasan terlibat dengan ada rumah dinaiki air hingga paras pinggang. Setakat ini air belum surut, hujan masih renyai-renyai.

"Limpahan air sungai dan masalah sistem perparitan juga menyebabkan banjir berlaku di kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, operasi menyelamatkan mangsa banjir melibatkan 12 anggota Angkatan Pertahanan Awam, bomba (10), polis (tiga), Jabatan Kebajikan Masyarakat (lima) dan wakil Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (dua). - Bernama


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.046170 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list