CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17766|Reply: 0

[Johor] Lebih 400,000 meriahkan Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru 2025

[Copy link]
Post time 19-2-2025 07:59 AM | Show all posts |Read mode

Lebih 400,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat membanjiri bandar raya ini sempena Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru 2025 yang berlangsung semalam. - Foto NSTP/ Izz Laily Hussein

JOHOR BAHRU: Lebih 400,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat membanjiri bandar raya ini sempena Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru 2025 di sini.

Pesta Chingay yang sudah wujud lebih 150 tahun itu mendapat sambutan peminat dan pelancong dari dalam serta luar negara.



Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan perasmian pesta perarakan itu dengan memalu gendang di pentas utama dekat Jalan Wong Ah Fook di sini, malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri, K Raven Kumar; Pengarah Tourism Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim dan Pengerusi Persekutuan Tionghua Johor Bahru, Ho Sow Tong.

Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru kali ini menyaksikan lebih 85 kenderaan berhias dengan penyertaan 21 pasukan tarian singa dan naga daerah Johor Bahru yang berarak sejauh kira-kira 7.8 kilometer bermula dari Kuil Xing Gong di Jalan Ulu Air Molek.

Lebih 400,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat membanjiri bandar raya ini sempena Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru 2025 yang berlangsung, semalam. - Foto NSTP/Izz Laily Hussein

Perarakan kemudian melalui Jalan Yahya Awal, Jalan Ibrahim, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Gereja, Jalan Ngee Heng, Jalan Tun Abdul Razak dan kembali semula ke Kuil Xing Gong.

Ho berkata penganjuran acara itu melambangkan keindahan warisan budaya selain memaparkan keharmonian kaum dan pemahaman agama.

"Ia dianjurkan bagi mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama bangsa, persefahaman yang lebih mesra dalam kalangan etnik, selaras dengan falsafah Kerajaan Perpaduan.

"Ini menjadi saksi hubungan erat dan perpaduan Bangsa Johor," katanya ketika berucap pada malam kemuncak Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru 2025 itu.

Ho berkata Pesta Chingay itu diisytiharkan sebagai Warisan Budaya Kebangsaan pada 2012 dan dikenali sebagai antara tarikan pelancong di negeri ini.

"Kini, usaha untuk pesta Chingay ini diangkat sebagai Warisan Budaya Dunia untuk mendapat pengiktirafan UNESCO sedang giat diusahakan supaya ia dikenali di mata dunia," katanya.

Pesta perarakan itu membawa maksud yang signifikan kepada masyarakat Tionghua kerana menggambarkan semangat permuafakatan antara kelima-lima suku iaitu Teochew, Hokkien, Hakka, Guangsiew dan Hainan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.096932 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list