CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9986|Reply: 0

[Johor] Tukang besi tetak penganggur hingga parah didakwa esok

[Copy link]
Post time 16-2-2025 05:38 PM | Show all posts |Read mode

TUKANG besi yang disyaki menetak seorang penganggur hingga parah dalam kejadian pergaduhan di Jalan Medrum, Johor Bahru, Selasa lalu akan didakwa esok. - Foto oleh BAZLAN IBRAHIM / KOSMO!


JOHOR BAHRU – Seorang tukang besi yang disyaki terlibat dalam kejadian tetak sehingga menyebabkan seorang penganggur cedera parah berhampiran Merlin Tower, Jalan Meldrum di sini petang Selasa lalu akan dituduh esok.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 45 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan bagi kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata.

“Pada 14 Februari lalu, kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Negeri Johor (PPNJ) dan telah mendapat arahan untuk pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan dituduh esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raub berkata, suspek yang beralamat di Batu Caves, Selangor dan mempunyai lapan rekod lampau.

Ujarnya, semua lapan kes suspek yang membabitkan Akta Penagih Dadah 1983 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 dari 2013 hingga 2020 itu sudah selesai.


Kosmo! pada Selasa lalu, satu kejadian pergaduhan perang mulut berlaku antara suspek dan seorang lelaki sebelum suspek bertindak menetak mangsa menggunakan pisau pemotong daging.

Kejadian berkenaan tular dalam media sosial yang mana suspek dalam kejadian itu berjaya ditangkap di tempat kejadian sebelum direman tujuh hari sehingga Selasa.

Raub dilaporkan berkata, mangsa dan suspek ketika kejadian tetak itu berada dalam keadaan mabuk.

Katanya, kedua-dua mereka saling tidak mengenali dan sedang minum minuman keras di kawasan lokasi kejadian sebelum dilaporkan bergaduh mulut hingga membawa kepada kejadian tetak terbabit. – KOSMO! ONLINE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.038228 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list