CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Ini pinjaman ALLAH sahaja'

[Copy link]
Post time 15-2-2025 05:03 PM | Show all posts |Read mode

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kebakaran tiga premis berhampiran sebuah pam minyak di pekan Pasir Besar itu turut memusnahkan tiga buah motosikal. Gambar kecil: Ghazali

JEMPOL - Pasangan suami isteri yang mengusahakan tiga perniagaan di Felda Pasir Besar di sini reda apabila premis mereka hangus dalam kebakaran pada Jumaat.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu memusnahkan sebuah inap desa, gerai buah-buahan dan perniagaan kosmetik yang diusahakan pasangan berkenaan, Hussin Aziz, 54 dan Nurshahiran Rusli, 47 sejak lebih 30 tahun lalu.

Hussin berkata, tidak dinafikan kejadian tersebut memberi kesan yang mendalam buat mereka sekeluarga terutamanya isteri.

"Kesemua yang kami miliki itu hanyalah pinjaman dunia yang diberikan ALLAH SWT dan ujian buat kami sekeluarga.

Hussin (kanan) menerima wang bantuan segera daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang diserahkan oleh wakilnya, Hasrul Nizam Sidek (kiri).

"Apa yang saya fikir ketika itu adalah selamatkan semua nyawa tambahan pula api marak, mungkin faktor cuaca yang panas dan berangin menyebabkan api merebak cepat," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya, dia akan tetap meneruskan perniagaan sama di lokasi sama selepas ini dengan mulakan daripada bawah semula.

Ketika kejadian terdapat tujuh individu di lokasi termasuk tiga anaknya berusia 20-an, seorang pekerja, 21 dan bapa saudaranya, Ghazali Yaacob yang berusia 62 tahun berniaga pisang goreng.

Menurut Ghazali, terdengar bunyi letupan seperti kaca pecah sebelum terlihat percikan api berhampiran tempat dia menggoreng pisang.

"Peralatan dan barangan niaga termasuk dokumen penting milik anak saudara saya tidak dapat diselamatkan," katanya yang sudah berniaga di situ sejak 11 tahun lalu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kebakaran tiga premis berhampiran sebuah pam minyak di pekan Pasir Besar itu turut memusnahkan tiga buah motosikal.

Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) Negeri Sembilan menerima panggilan kecemasan jam 12.55 tengah hari sebelum sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Gemas, Bahau dan Gemencheh dikejarkan ke lokasi.

Kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman di anggarkan musnah 40 peratus, satu unit inap desa dengan kemusnahan 90 peratus dan sebuah gerai buah hangus 100 peratus, manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.036717 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list