CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 108|Reply: 0

[Johor] Awas perokok, anda sentiasa diperhatikan

[Copy link]
Post time 15-2-2025 04:49 PM | Show all posts |Read mode

Orang awam yang jumpa penghisap rokok di kawasan tidak dibenarkan termasuk restoran, kini mereka boleh ambil gambar dan rekod video kemudian lapor kepada pejabat kesihatan daerah. (gambar hiasan). Gambar kecil: Ling Tian Soon

JOHOR BAHRU - Orang ramai dibenarkan untuk mengambil gambar dan merakam video mana-mana individu yang merokok di premis makanan atau kawasan yang tidak dibenarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon berkata, gambar tersebut kemudiannya boleh disalurkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan selanjutnya.

"Orang awam yang jumpa penghisap rokok di kawasan tidak dibenarkan termasuk restoran atau kedai makan, mereka boleh ambil gambar dan rekod video kemudian lapor kepada pejabat kesihatan daerah.

"Kita akan ambil tindakan tegas berhubung perkara ini kerana ia melibatkan aspek kesihatan awam.

"Jangan bimbang atau takut untuk bersama-sama memastikan undang-undang di negara ini dipelihara," katanya.

Beliau selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Lima Fasiliti Baharu Sempena Ulang Tahun ke-6 Hospital Pakar KPJ Bandar Dato' Onn, di sini pada Sabtu.

Menurut Tian Soon, sebaik aduan diterima, Pejabat Kesihatan Daerah akan membuat tindakan susulan termasuk membuat pemeriksaan terhadap premis terbabit.

"Semua orang adalah sama, jadi semua pihak termasuk kakitangan kerajaan perlu mematuhi arahan ditetapkan terutama berkaitan kesalahan merokok di premis makanan atau kawasan yang tidak dibenarkan," katanya

Pada 4 Oktober tahun lalu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilapor berkata, premis dobi dan bangunan tempat kerja menjadi lokasi baharu tersenarai dalam kawasan larangan merokok berkuat kuasa 1 Januari 2025, susulan penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) pada 1 Oktober tahun lalu.

Ia menjadikan 28 tempat larangan merokok secara keseluruhan diwartakan di bawah Akta 852 itu.

Antara kawasan dilarang merokok yang diwartakan ialah hospital atau klinik, lif atau tandas awam, tempat makan, kedai berhawa dingin, bangunan hentian pengangkutan awam, kawasan lapangan terbang kecuali kawasan atau bilik merokok yang telah diluluskan, kawasan premis kerajaan dan kawasan institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi.

Turut tersenarai ialah pusat hiburan atau teater kecuali kasino, taman asuhan kanak-kanak, kompleks beli-belah, stesen minyak, perpustakaan, kafe Internet, stadium, pusat kecergasan atau gimnasium serta di dalam bas sekolah dan kenderaan awam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.037144 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list