CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kerajaan teliti perundangan lebih ketat bagi dana politik

[Copy link]
Post time 15-2-2025 04:35 PM | Show all posts |Read mode

Azam (enam dari kanan) pada sesi libat urus bersama ADUN Negeri Sembilan pada Jumaat. Gambar kecil: Azam

SEREMBAN - Kerajaan sedang meneliti keperluan rangka kerja perundangan lebih ketat bagi pendanaan politik dalam usaha membanteras rasuah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, langkah itu bagi memastikan ketelusan dalam pembiayaan politik serta mengelakkan penyalahgunaan dana.

"Politik wang boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

"Justeru penggubal undang-undang memainkan peranan penting dalam memastikan dasar lebih ketat dapat dilaksanakan bagi mengawal dana politik secara lebih telus dan berintegriti," katanya menerusi kenyataan.

Pada Jumaat, SPRM telah mengadakan sesi libat urus bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan bertemakan Komitmen Bersama: Memperkasa Dasar Governans, Integriti dan Antirasuah.

Sesi libat urus itu merupakan salah satu strategi di dalam Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 bersama penggubal undang-undang DUN.

Jelas Azam, bagi memastikan pentadbiran bersih dan efektif, SPRM menekankan keperluan pematuhan kod etika oleh ahli politik serta tindakan proaktif dalam membendung ketirisan dana awam dan konflik kepentingan.

Ujarnya, langkah itu penting bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan serta memastikan kesejahteraan negara terpelihara.

"Mengenai Indeks Persepsi Rasuah 2024 yang baharu diumumkan, kedudukan dan skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara masih sama dengan tahun sebelumnya, menunjukkan banyak lagi usaha yang perlu dilaksanakan dan memerlukan komitmen semua pihak.

"Prestasi CPI Malaysia tahun ini dianggap sebagai satu cabaran kepada SPRM untuk melipat gandakan usaha dan komitmen mencapai tangga ke-25 dalam tempoh 10 tahun akan datang," katanya.

Selain itu katanya, usaha SPRM dalam menjalankan siasatan juga mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan pentadbiran yang lebih telus dan bebas daripada amalan rasuah.

Tambah beliau, kerjasama erat antara kepimpinan negeri dan masyarakat diperlukan bagi memperkukuh agenda antirasuah demi kepentingan negara.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.040243 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list