CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

[Negeri Sembilan] GISBH: Pertuduhan amang seksual empat pembantu pengajar kekal

[Copy link]
Post time 14-2-2025 09:58 PM | Show all posts |Read mode

Laporan Sinar Harian berhubung pembantu pengajar sebuah madrasah tidak mengaku bersalah melakukan amang seksual fizikal.

SEREMBAN - Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat akan meneruskan perbicaraan ke atas empat pembantu pengajar sebuah madrasah di Kuala Pilah yang mempunyai kaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di bawah pertuduhan asal mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Hakim, Datin Surita Budin menetapkan demikian selepas rundingan pihak pendakwaan yang menawarkan pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 377E Kanun Keseksaan iaitu melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau ditolak oleh pihak pembelaan.

Pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak itu melibatkan tertuduh, Muhammad Habib Noh Mohd Zairi, 22, Muhammad Khunais Fathie Khabil, 21, Muhammad Fawzun Azim Ismail, 21, dan Ahmad Nadzful Izham Azizan, 23.

Sehubungan itu, peguam, Datuk Hanif Hassan dan Muhammad Wajih Zakwan Hanif memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan.

Surita berkata, sebelum meneruskan prosiding perbicaraan, beliau terlebih dahulu mahu tahu sama ada perbicaraan dijalankan bersama atau berasingan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Balkis Zunaidi berkata, beliau masih belum sempat merujuk perkara itu kepada Jabatan Peguam Negara kerana baru menerima maklumat berhubung penolakan pertuduhan pilihan oleh pihak pembelaan semalam.

"Kes ini melibatkan mangsa yang berbeza dan saya percaya perlu dijalankan secara berasingan.

"Untuk arahan perbicaraan bersama itu belum lagi kerana sebelum ini kita dalam tempoh rundingan dan saya baru dapat maklumat semalam pihak pembelaan menolak pertuduhan pilihan," katanya.

Berikutan itu, beliau memohon tarikh untuk serahan dokumen dan akan mendapatkan maklumat jelas berhubung perbicaraan.

Mahkamah kemudian membuat keputusan menangguhkan tarikh bagi prosiding perbicaraan dan menetapkan 19 Mac depan sebagai tarikh sebutan dengan kehadiran Timbalan Pendakwa Raya yang akan mengendalikan kes tersebut berserta senarai saksi.

Pada 19 September lalu, media melaporkan tiga lelaki yang sebelum ini ditahan dalam Op Global yang mempunyai kaitan dengan syarikat GISBH didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas 14 pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki di sebuah madrasah di Kuala Pilah di antara tahun 2022 sehingga 2023.

Keesokan harinya, seorang lagi pembantu pengajar di madrasah berkenaan, Muhammad Fawzun Azim Ismail, 20, didakwa atas enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat kanak-kanak lelaki di pusat jagaan itu sekitar tahun 2023.

Pertuduhan ke atas semua mereka dibuat di bawah Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit kesalahan terhadap kesemua pertuduhan, masing-masing boleh dipenjara selama tempoh 20 tahun dan boleh juga disebat.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.048662 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list