Tiga premis termasuk sebuah rumah terbakar dalam kejadian di Felda Pasir Besar berhampiran sebuah pam minyak di sini pada Jumaat. Foto Bomba Gemas dan Bahau
JEMPOL - Tiga premis termasuk sebuah rumah terbakar dalam kejadian di Felda Pasir Besar berhampiran sebuah stesen minyak di sini pada Jumaat.
Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba Mohd Razeaf Zamri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.55 tengah hari sebelum sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Gemas, Bahau dan Gemencheh dikejarkan ke lokasi.
"Setibanya di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman dianggarkan musnah 40 peratus, satu unit inap desa dengan kemusnahan 90 peratus dan sebuah gerai buah hangus 100 peratus.
Tiga motosikal turut terbaka. Foto Bomba Gemas dan Bahau
"Kejadian ini turut menyebabkan tiga motosikal terbakar 100 peratus termasuk sebuah motosikal roda tiga," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Ujarnya, kebakaran tersebut berjaya di kawal pada jam 1.20 petang dan tiada mangsa yang terlibat.
" Kerja-kerja 'overhaul' sedang di lakukan oleh pihak bomba. Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
|