CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8596|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kes penipuan pelaburan di Negeri Sembilan meningkat

[Copy link]
Post time 14-2-2025 04:28 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Dzaffir. FOTO Arkib NSTP

Seremban: Sepanjang bulan lalu, kes penipuan pelaburan di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan mendadak membabitkan 44 kes dengan jumlah kerugian RM4.16 juta.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kebanyakan mangsa terdiri daripada pesara kerajaan, penganggur dan bekerja sendiri.

"Orang ramai dinasihatkan sentiasa berhati-hati apabila memilih membuat pelaburan terutama yang melibatkan pelaburan dalam talian, pembayaran ke akaun individu dan menjanjikan pulangan tinggi.

"Sila semak dengan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SKM) bagi mengesahkan kesahihan sesebuah syarikat yang menawarkan pelaburan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Dzaffir berkata, pada tahun lalu, sebanyak 389 kes penipuan pelaburan membabitkan kerugian RM22.8 juta direkodkan.

Katanya, sepanjang tahun lalu, sebanyak 2,648 kertas siasatan dibuka membabitkan pelbagai jenis kesalahan jenayah komersil dan 1,103 daripadanya sudah dirujuk ke pejabat pendakwa raya untuk mendapat arahan pertuduhan.

"Dalam tempoh sama, sebanyak 8,734 laporan polis diterima berbanding tahun 2023 sebanyak 7,927 laporan.

"Walaupun terdapat pengurangan jumlah kertas siasatan sebanyak 339 kes, namun jumlah kerugian meningkat sebanyak RM50 juta bagi tahun lalu berbanding tahun 2023 iaitu RM44 juta," katanya.

Menurutnya, penipuan menggunakan telefon dengan menyamar sebagai penguat kuasa polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kastam dan pegawai bank merekodkan 180 kes dengan jumlah kerugian RM9.5juta.

"Kes tipu tawaran pekerjaan yang membabitkan platform media sosial pula sebanyak 326 kes dengan kerugian berjumlah RM6.08 juta.

"Tipu belian barang dalam talian sebanyak 659 kes melibatkan kerugian hampir RM4.4 juta dan tipu pinjaman tidak wujud pula sebanyak 357 kes berjumlah RM3.2 juta," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.040700 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list