CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27989|Reply: 0

Menteri Libya terselamat daripada cubaan membunuh

[Copy link]
Post time 12-2-2025 09:59 PM | Show all posts |Read mode

Menteri Negara bagi Hal Ehwal Kabinet Libya, Adel Jumaa hanya cedera dalam serangan lelaki bersenjata tidak dikenali di Tripoli, hari ini. - Foto ihsan A News

TRIPOLI: Menteri Negara bagi Hal Ehwal Kabinet Libya, Adel Jumaa, selamat daripada percubaan membunuhnya di sini, hari ini.

Beliau hanya cedera dalam serangan lelaki bersenjata tidak dikenali yang melepaskan tembakan ke arah kenderaannya di kawasan Gargour, Tripoli, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Jumaa dimasukkan ke hospital dan keadaannya "tidak serius."

Kerajaan Perpaduan Nasional Libya mengutuk keras serangan itu dan menegaskan "tidak akan bertoleransi terhadap sebarang percubaan untuk mengancam keselamatan dan kestabilan negara."

Kerajaan mengesahkan, menteri itu dalam keadaan 'stabil' dan pihak berkuasa melancarkan siasatan untuk mengesan pelaku.

Percubaan membunuh menteri itu berlaku ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pihak dalaman cuba membawa negara itu untuk mengadakan pilihan raya bagi menyelesaikan krisis antara dua kerajaan yang bersaing.

Satu ialah Kerajaan Perpaduan Nasional, yang diketuai oleh Abdul Hamid Dbeibeh dan berpusat di Tripoli, yang mentadbir bahagian barat negara itu dan diiktiraf oleh PBB.

Satu lagi ialah Dewan Perwakilan yang diwujudkan pada awal 2022, diketuai oleh Osama Hamad dan berpusat di Benghazi yang mentadbir bahagian timur negara itu dan sebahagian besar kawasan selatan.

Rakyat Libya berharap pilihan raya yang lama ditunggu-tunggu itu akan membawa kepada tamatnya konflik politik dan bersenjata sekali gus mengakhiri tempoh peralihan yang berlaku selepas rejim Muammar Gaddafi digulingkan yang memerintah Libya dari 1969 hingga 2011.
– BERNAMA-ANADOLU


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.044424 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list