CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6176|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Buaya di Pantai Cermin, Perhilitan nasihat pengunjung berhati-hati

[Copy link]
Post time 2-2-2025 05:33 PM | Show all posts |Read mode

PANTAI Cermin, Port Dickson. FOTO arkib NSTP

Port Dickson: Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di Pantai Cermin, di sini, berikutan terdapat penampakan buaya di sekitar kawasan itu sejak semalam.

Pengarahnya Faizal Izham Pikri berkata, Perhilitan menerima aduan awam berkenaan seekor buaya yang kelihatan di kawasan Monkey Bay, Pantai Cermin pada jam 4.30 petang semalam.

"Sebaik sahaja aduan diterima, beberapa petugas jabatan ke lokasi dan siasatan awal mendapati memang ada seekor buaya terapung di laut dengan panjang anggaran dua meter.

"Hasil siasatan awal mendapati buaya ini bergerak sejauh 50 meter dan sentiasa ulang-alik di kawasan tersebut sejak malam sebelumnya, jika air surut ia nampak lebih jelas," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Faizal Izham berkata, pemantauan berterusan akan dilakukan di kawasan aduan bagi mengurangkan kebimbangan orang awam.

"Insya-Allah jika tiada masalah, kita akan cuba pasang perangkap di kawasan bakau dan tengok pada kesesuaian kerana pada waktu malam haiwan ini akan bergerak ke kawasan tersebut," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar menjaga keselamatan diri dan keluarga selain tidak melakukan provokasi sekiranya ternampak buaya serta segera melaporkan kepada Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan atau pihak berkuasa lain.


Disiarkan pada: Februari 2, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:13 AM GMT+8 , Processed in 1.888256 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list