CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6125|Reply: 0

Hapus LGBT: AS mula pelaksanaan iktiraf hanya dua jantina

[Copy link]
Post time 2-2-2025 05:20 PM | Show all posts |Read mode


NEW YORK - Kakitangan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat kini bertungkus lumus memadam istilah transgender dan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) daripada laman web mereka.

Beberapa pekerja dari agensi berkenaan memberitahu penghapusan itu termasuk memaparkan bendera LGBT serta berkaitan dengan golongan itu.

Selain itu, arahan persekutuan menetapkan bahawa tandas di agensi kesihatan hanya boleh digunakan mengikut jantina biologi.

Tindakan ini dilakukan susulan arahan Presiden Donald Trump yang menetapkan bahawa hanya dua jantina iaitu lelaki dan perempuan selain mengisytiharkan kategori itu tidak boleh diubah.

Langkah itu sebagai memenuhi janji beliau selepas puak konservatif mengecam program budaya, jantina dan kepelbagaian, kesaksamaan serta keterangkuman (DEI).

Dalam pada itu menurut Pengarah Pusat Pandemik Sekolah kesihatan Awam Universiti Brown, Jennifer Nuzzo, pelaksanaan ini berisiko merosakkan program yang telah dibangunkan selama beberapa dekad untuk memenuhi keperluan semua rakyat Amerika.

Pakar kesihatan awam Amerika juga memberi amaran bahawa larangan terhadap program DEI bukan sahaja menjejaskan kepelbagaian dalam tenaga kerja, tetapi juga program kesihatan yang memberi tumpuan kepada populasi terpinggir dan kurang bernasib baik. -Agensi


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.040973 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list