Jakarta: Polis Indonesia membongkar perbuatan keji lelaki dikenali sebagai Antok yang dipercayai membunuh wanita bernama Uswatun Khasanah, di Jawa Timur, baru-baru ini.
Lebih menyayat hati, mayat mangsa dikerat sebelum dibuang di beberapa lokasi.
Berikut adalah rentetan kes berkenaan berdasarkan laporkan media Indonesia:
Mayat mangsa yang berumur 29 tahun ditemukan dalam keadaan tanpa kepala dan kaki, di dalam beg pakaian di Ngawi, Jawa Timur, pada 23 Januari lalu. Menurut polis, beg itu ditemukan di longgokan sampah di Kampung Dapdapan
Polis kemudian menahan Antok atau nama sebenarnya Rochmat Tri Hartanto, pada 25 Januari,
Tidak lama selepas Antok ditangkap, beberapa bahagian tubuh Uswatun yang lain ditemukan di lokasi berlainan.
Berdasarkan siasatan polis, Antok membunuh mangsa di sebuah hotel di Kediri, Jawa Timur, pada 19 Januari lalu.
Suspek didakwa menggunakan pisau untuk memotong sendi tubuh Uswatun selama lima jam.
Selepas membunuh mangsa, Antok memasukkan jasad Uswatun Khasanah ke dalam bagasi merah dan meninggalkan hotel pada awal pagi.
Keratan tubuh Uswatun Khasanah kemudiannya ditemukan di beberapa lokasi berbeza. Kepala mangsa ditemukan di Trenggalek, manakala kaki mangsa pula dijumpai di Ponorogo.
Tubuh mangsa yang lain ditemukan dalam bagasi merah di kawasan Desa Dadapan, Kecamatan Kendal, Kabupaten Ngawi.
Menurut keterangan suspek kepada polis, motif pembunuhan adalah kerana sakit hati dan cemburu kerana mangsa pernah membawa masuk seorang lelaki di bilik sewanya.
Antok juga melakukannya kerana kesal dengan Uswatun yang kerap meminta wang dengannya.
Polis juga mengesahkan suspek bukan suami mangsa.
Antok, yang juga ketua ranting salah satu perguruan silat di Tulungagung, kini berdepan tuduhan membunuh dan mutilasi.
Allahyarham Uswatun meninggalkan seorang anak lelaki berusia 10 tahun dan anak perempuan berusia tujuh tahun.
|