CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10369|Reply: 0

[Johor] Ops Samseng Jalanan, enam remaja lelaki ditahan

[Copy link]
Post time 2-2-2025 07:11 AM | Show all posts |Read mode



JOHOR BAHRU: Enam remaja lelaki ditahan selepas didapati menunggang motosikal dengan melakukan aksi berbahaya dalam Ops Samseng Jalanan di sekitar bandar raya ini, awal pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata aksi remaja berusia 16 hingga 19 tahun itu boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.


Beliau berkata, enam motosikal turut disita untuk pemeriksaan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan telah melaksanakan operasi khas bagi membanteras aktiviti samseng jalanan dan lumba haram di beberapa lokasi hotspot sekitar bandar raya ini.

"Selain penunggang motosikal ditahan dan motosikal disita, kita turut mengeluarkan 10 saman atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan ubah suai struktur kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi empat bermula jam 1 5 pagi itu membabitkan seorang pegawai dan lapan anggota memfokuskan pemeriksaan terhadap penunggang dan kenderaan yang terbabit dalam aktiviti membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain ketika musim perayaan Tahun Baru Cina dan cuti persekolahan.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.039529 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list