CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3715|Reply: 0

[Johor] Polis sedang kesan dua pemandu tidak beri laluan kepada ambulans

[Copy link]
Post time 28-1-2025 10:51 AM | Show all posts |Read mode

Polis sedang mengesan dua pemandu kenderaan yang didapati tidak memberi laluan kepada ambulans yang dalam kecemasan, di KM25 Jalan Johor Bahru – Air Hitam arah ke Johor

Kulai: Polis sedang mengesan dua pemandu kenderaan yang didapati tidak memberi laluan kepada ambulans yang dalam kecemasan, di KM25 Jalan Johor Bahru – Air Hitam arah ke Johor Bahru, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi satu minit 26 saat pada jam 2.30 petang semalam yang mana dalam video itu memaparkan dua kenderaan dipercayai dipandu lelaki warga tempatan tidak memberi laluan kepada ambulans.

"Ambulans itu dalam kecemasan membawa pesakit ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

"Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kulai mengambil tindakan mengesan pemandu kenderaan terbabit dan siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Kaedah 9 LN166/59 iaitu kesalahan tidak beri laluan kepada ambulans," katanya

Pada masa sama, beliau mengingatkan pengguna jalan raya untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas.

Terdahulu, tular di TikTok video yang memaparkan dua kenderaan dipercayai Proton Exora dan Honda City yang dilihat tidak memberi laluan kepada ambulans dan seolah-olah mengambil kesempatan dengan membuka 'hazard light' serta bergerak di ruang yang sepatutnya dilalui ambulans itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.204177 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list