ANGGOTA bomba melakukan pencarian budak lelaki hilang selepas jatuh longkang di Taman Kota Jaya. FOTO Ihsan polis.
Kota Tinggi: Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dekat Taman Kota Jaya di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 3 petang ketika hujan lebat.
Katanya, kanak-kanak berusia sembilan itu dikatakan mahu mengambil seliparnya yang jatuh dalam longkang, namun arus air longkang deras dan dalam.
"Pencarian mangsa masih berjalan oleh polis dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya dalam kenyataan hari ini.
|