"Lelaki itu terbabit berjaya ditahan di tepi jalan Dato Abdullah Tahir kira-kira 4.20 pagi pada 22 Januari lalu, bersama sejumlah dadah seberat kira-kira tiga kilogram (kg) disyaki heroin dan syabu.
"Semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah, selain positif dadah jenis methamphetamin," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, hari ini.
Raub berkata, susulan penahanan suspek, polis menyerbu sebuah pangsapuri pada 22 Januari lalu dan menahan dua lelaki Singapura, seorang wanita Singapura serta seorang wanita Thailand.
Menurutnya, kesemua suspek berusia 30 hingga 40 tahun itu ditahan bersama pelbagai jenis dadah termasuk dadah berbentuk cecair dan mereka didapati positif dadah jenis amphetamine.
Katanya, siasatan juga mendapati sindiket itu menjadikan unit pangsapuri sebagai tempat membungkus, memproses dadah dan menyimpan dadah.
"Suspek dipercayai memasukkan dadah ke dalam 'filter' rokok elektronik atau vape dan dijual pada harga sekitar RM150 hingga RM200 untuk pasaran negara luar.
"Dalam serbuan itu, pelbagai jenis dadah bernilai RM97,707.86 dirampas selain sebuah kereta Maserati GranTurismo bernilai RM400,000, Proton Satria, Honda CBR150, wang tunai RM540 dan SGD300 SGD.
"Semakan rekod mendapati lelaki warga Singapura berusia 33 tahun berada dalam senarai dikehendaki (wanted) bersabit kes dadah. Manakala warga tempatan (kes samun bersenjata) selain rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah," katanya percaya sindiket ini aktif sejak Disember tahun lalu.
Menurutnya, empat suspek warga asing direman tujuh hari sehingga 29 Januari ini, manakala tempoh reman suspek warga tempatan tamat esok.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.