CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4692|Reply: 0

[Johor] Pemandu Perodua Axia maut langgar tembok plaza tol

[Copy link]
Post time 27-1-2025 05:05 PM | Show all posts |Read mode

Seorang pemandu kereta maut selepas Perodua Axia dipandunya hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi lorong tol di KM 7.8 Lebuhraya Utara Selatan dekat Plaza Tol Kempas arah selatan, awal pagi tadi. FOTO IHSAN BOMBA

Johor Bahru: Lelaki maut selepas Perodua Axia dipandunya melanggar tembok konkrit di Plaza Tol Kempas arah selatan, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, mangsa berusia 23 tahun memandu kereta dari arah utara ke selatan sebelum hilang kawalan pada 6.15 pagi.

Menurutnya, kereta itu terbabas melanggar tembok konkrit pembahagi antara lorong plaza tol.

"Akibat kemalangan itu, pemandu mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas Wan Nor Affendi berkata, seramai lapan anggota diarahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, sebaik tiba Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati kereta Perodua Axia melanggar tembok konkrit di plaza tol.

"Anggota mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kereta yang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Mayat kemudian diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:05 AM GMT+8 , Processed in 0.047665 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list