CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4395|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Keseronokan berjudi terbantut, 14 lelaki ditahan

[Copy link]
Post time 27-1-2025 04:57 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA barang dan wang dirampas dalam serbuan di Taman Seri Binjai susulan judi. FOTO Ihsan Polis.

Seremban: Keseronokan 14 lelaki bermain judi holo di sebuah rumah di Taman Seri Binjai, di sini terbantut apabila diserbu polis semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, serbuan pada 12 tengah malam itu dilakukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) dan menahan kesemua suspek yang berusia 34 hingga 62 tahun.

"Pihak polis turut merampas meja yang mempunyai lukisan perjudian holo, dua dadu, satu piring seramik, satu mangkuk seramik, 12 kerusi serta rampasan wang tunai berjumlah RM19,168.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan kesemua tangkapan dibenarkan tahanan reman selama tiga hari untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana menyalurkan maklumat berkenaan kes ini dan dinasihatkan agar terus memberikan kerjasama kepada polis agar jenayah ini dapat ditangani," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.054446 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list