CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12842|Reply: 0

67 terbunuh dalam serangan dron di hospital di El-Fasher

[Copy link]
Post time 26-1-2025 12:01 PM | Show all posts |Read mode

Kepulan asap kelihatan semasa pertempuran antara Pasukan Sokongan Pantas paramiliter dan tentera di Khartoum, Sudan. - Foto REUTERS

PORT SUDAN: Sekurang-kurangnya 67 mangsa maut manakala puluhan lagi cedera dalam satu serangan dron ke atas Hospital Saudi, salah sebuah hospital terakhir yang masih berfungsi di El-Fasher, Darfur di Sudan.

"Seramai 37 orang yang cedera dalam serangan dron semalam (kelmarin) meninggal dunia hari ini (semalam), meningkatkan jumlah mangsa kepada 67 orang," kata satu sumber kepada AFP.

Kata sumber sama, sejumlah mangsa yang cedera masih dirawat namun dia tidak dapat memberikan angka tepat.

Katanya, pengeboman ke atas Hospital Saudi lewat semalam dikesan 'memusnahkan sama sekali' bangunan kecemasan hospital itu.

AFP bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pihak mana yang berperang di Sudan melancarkan serangan itu.

Sejak April 2023, tentera Sudan berperang dengan pasukan separa tentera pasukan Bertindak Pantas (RSF), yang sudah menguasai hampir keseluruhan wilayah barat Darfur.

Sejak Mei lalu, mereka mengepung El-Fasher, ibu negeri Darfur Utara, namun masih belum berjaya menawan kota itu.

Minggu lalu, RSF menuntut pasukan tentera dan sekutu meninggalkan kota itu sebelum petang Rabu lalu.

Aktivis tempatan mendedahkan, pertempuran berlaku berselang-seli sejak itu, termasuk serangan artileri RSF ke atas kem pelarian Abu Shouk yang sedang dilanda kebuluran.

Menurut kumpulan masyarakat sivil, Penyelaras Umum Kem Darfur Untuk Golongan Kehilangan Tempat Tinggal dan Pelarian, pada pagi kelmarin sahaja, pengeboman membunuh lapan orang di kem itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga menyuarakan kebimbangan dan menggesa kedua-dua pihak memastikan keselamatan terhadap penduduk awam kota yang berjumlah kira-kira dua juta orang.

"Penduduk El-Fasher sudah menderita terlalu banyak," kata jurucakap pejabat hak asasi manusia PBB, Seif Magango pada Rabu lalu.

Sumber perubatan pula berkata, bangunan kecemasan Hospital Saudi pernah diserang dron RSF sejak 'beberapa minggu lalu'.

Di El-Fasher, ambulans dan bangunan hospital sering menjadi sasaran, dengan badan amal perubatan Doktor Tanpa sempadan berkata, bulan ini sahaja Hospital Saudi tinggal sebagai 'satu-satunya hospital awam dengan kapasiti pembedahan yang masih berfungsi'.

Setakat ini, perang berkenaan meragut puluhan ribu nyawa dan memaksa lebih 12 juta orang berpindah dengan jutaan lagi berada di ambang kebuluran besar-besaran.

Menurut penilaian PBB, kebuluran sudah melanda tiga kem pelarian iaitu Zamzam, Abu Shouk dan Al-Salam, malah ia dijangka merebak ke lima kawasan lain termasuk di kota itu menjelang Mei nanti. - AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2025 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.038350 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list