CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9794|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Harish jadi naga sejak usia 13 tahun

[Copy link]
Post time 26-1-2025 08:05 AM | Show all posts |Read mode

HARISH Kanna menunjukkan bakatnya bermain tarian singa.

Seremban: Tarian singa antara salah satu acara setiap kali tibanya Tahun Baru Cina bagi memeriahkan sambutan perayaan berkenaan.

Sesuai dengan keadaan di negara ini yang mempunyai pelbagai kaum, tarian menjadi identiti dan seni kebudayaan kaum Cina kini menarik minat kaum lain untuk belajar.

Salah seorang pemain berbangsa India, K Harish Kanna, 19, menjadi ahli Kelab Tarian Singa dan Naga Ching Wan di Seremban sejak berusia 13 tahun.

Menurutnya, minatnya terhadap tarian itu mula berputik sejak kecil selepas dia sering menyaksikan tarian berkenaan di kawasan kejiranannya setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina.

Ujarnya, melihat aksi tangkas penari yang melompat dari satu tiang ke satu tiang membuatkan dia teruja dan timbul rasa untuk mencuba.

"Bermula daripada minat itu dan apabila saya tahu ada persatuan tarian singa di sekolah, saya terus menyertainya. Lebih-lebih saya belajar di sekolah Cina (SJKC).

"Apabila tamat sekolah di tingkatan lima, saya mula aktif dengan kelab ini yang mana kami menerima jemputan membuat persembahan di pelbagai majlis," katanya ketika ditemui.

Menurutnya, pada awal menyertai kelab itu, dia hanya diberi peranan bermain alat muzik sebelum lama kelamaan beralih kepada pemain tarian singa, namun posisi itu memerlukan kekuatan fizikal dan kerja berpasukan yang tinggi.

"Bagi saya tarian singa ini sudah menjadi tarian semua kaum dan dalam kelab ini, ada lagi beberapa ahli berbangsa India dan Melayu.

"Walaupun majoritinya adalah kaum Cina, tapi saya langsung tidak rasa tersisih, malah mereka melayan saya dengan baik. Kami seperti satu keluarga," katanya yang kini bekerja sebagai penjaga stor di sebuah premis perniagaan.

Hasrat wartawan untuk menembual pemain wanita berbangsa Melayu tidak kesampaian kerana difahamkan gadis itu kini sedang menyambung pelajaran di negeri lain.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Tarian Singa dan Naga Ching Wan, Ng Kin Wai, 36, berkata, pembabitan kaum lain dalam tarian singa menunjukkan perkembangan positif sekali gus mencerminkan perpaduan di negara ini.

Katanya, pada waktu ini terdapat empat pemain kaum India dan lima daripada kaum Melayu di kelab itu dengan pelbagai peranan, malah kelab juga mengalu-alukan penyertaan kaum lain.

"Sebenarnya apabila adanya pembabitan daripada kaum lain dalam seni tarian kaum Cina ini ia menjadikan kelab kami ini lebih menarik, malah kami dapat idea baharu," katanya.

Kin Wai juga jurulatih tarian singa berkata, bagi membuatkan persembahan yang lebih menarik, pihaknya juga menggabungkan seni tarian singa dengan seni muzik dan tarian kaum lain.

"Kami juga dalam proses untuk dapatkan alat muzik daripada kaum lain pula seperti caklempong untuk kami main ketika persembahan tarian singa.

"Ia memberi kelainan kepada kelab kami malah memberi imej ini adalah tarian singa Negeri Sembilan atau Malaysia," katanya.


Disiarkan pada: Januari 26, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.042366 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list