CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3708|Reply: 0

[Johor] Suami isteri disahkan maut akibat lemas

[Copy link]
Post time 25-1-2025 10:48 AM | Show all posts |Read mode


Mersing: Suami isteri yang terbabit kemalangan sebelum kereta dinaiki mereka jatuh parit di KM19 Jalan Mersing Endau di sini, semalam, disahkan maut akibat lemas.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, punca kematian itu hasil bedah siasat ke atas mayat mangsa, Shahrom Tahir, 74, dan Zainab Yusoff, 64.

Katanya, pihaknya sebelum itu menerima maklumat kemalangan pada 12.30 tengah hari, membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu lelaki tempatan berumur 48 tahun dan kereta yang dinaiki mangsa.

"Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila Perodua Alza dari arah Endau menuju ke Mersing telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dinaiki mangsa dan dipandu lelaki berumur 41 tahun.

"Akibatnya kereta berkenaanjatuh paritdan pasangan suami isteri meninggal dunia akibat lemas, manakala pemandu dan penumpang hadapan kereta berusia 27 tahun cedera serta dirawat di Hospital Mersing," katanya dalam kenyataan.

Katanya, seorang penumpang wanita MPV berumur 46 tahun turut dirawat di hospital sama kerana patah tangan kiri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Mohd Alias Hussin dilaporkan berkata, kemalangan yang berlaku menyebabkan sebuah kereta jatuh dalam parit dan dua mangsa meninggal dunia di lokasi.


Disiarkan pada: Januari 25, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.099106 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list