CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3714|Reply: 0

[Johor] Pemandu BMW terbabit kes langgar lari didenda RM5,500

[Copy link]
Post time 25-1-2025 10:35 AM | Show all posts |Read mode

Pemandu kereta BMW, Christopher Lim Ka Hen, 27, yang sebelum ini diburu polis apabila menghilangkan diri selepas melanggar sebuah Perodua Aruz sehingga menyebabkan pemandunya patah tangan, didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini. FOTO IZZ LAILY HUSSEIN

Johor Bahru: Pemandu kereta BMW yang sebelum ini diburu polis apabila menghilangkan diri selepas melanggar sebuah Perodua Aruz sehingga menyebabkan pemandunya patah tangan, didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nur Fatin Mohamad Farid menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Christopher Lim Ka Hen, 27, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh yang juga kakitangan khidmat pelanggan turut diperintahkan menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu sebagai pemandu kereta VBN 1189 didakwa memandu kenderaan berkenaan tanpa pertimbangan yang munasabah orang lain yang menggunakan jalan itu di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Danga-Jalan Nusa Bestari, di sini, 3.10 pagi, 17 Januari lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan serta lesen memandu diendorse oleh mahkamah, jika sabit kesalahan.



Pada 19 Januari lalu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner M Kumarasan dilaporkan berkata, pihaknya sedang mengesan pemandu BMW putih itu.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Aruz yang bergerak lurus di lampu isyarat hijau dirempuh BMW terbabit dari arah kanan yang tidak berhenti.

Pemandu Perodua Aruz yang juga lelaki tempatan berusia 26 tahun patah tangan kanan, manakala pemandu BMW menghilangkan diri dari lokasi itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.039510 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list