CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3750|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pengerusi JPKK kuat adu domba akan dipecat serta merta

[Copy link]
Post time 25-1-2025 10:31 AM | Show all posts |Read mode

Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias (lima dari kiri) ADUN Klawang Datuk Bakri Sawir ( empat dari kiri) dan ADUN Sungai Lui Datuk Mohd Razi Mohd Ali (enam dari kiri) bergambar bersama pengerusi kampung Parlimen Jelebu selepas Majlis Amanat Tahun Baharu di Dewan Kompleks UMNO Simpang Pertang hari ini. FOTO ABNOR HAMIZAM ABD MANAP

Jelebu: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), JPKK Orang Asli dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Rancangan (JKKR) Parlimen Jelebu berdepan tindakan dipecat serta merta sekiranya didapati mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai Kerajaan Negeri.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan yang juga Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata ia termasuk mendakwa Kerajaan Negeri ketika ini dalam keadaan tidak stabil dan goyah selain mengadu domba kononnya hubungan beliau dengan Menteri Besar tidak baik.

Katanya ketika ini hubungan dengan Menteri Besar sangat baik dan tidak mempunyai sebarang masalah.

Sambil menafikan Kerajaan Negeri ketika ini tidak stabil, beliau turut menafikan beliau bergaduh dengan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

"Saya tidak mahu dengar ada dikalangan pemimpin peringkat kampung membawa kenyataan tidak benar kepada penduduk dan sekiranya ada dikalangan pengerusi berbuat demikian, tindakan pecat serta merta akan diambil.

" Pernah dengar saya menghentam MB dalam mana-mana ucapan saya , atau adakah terdengar MB menghentam saya dalam mana-mana ucapan beliau, justeru itu saya minta semua pengerusi pastikan tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak benar kepada penduduk kerana ia boleh mengakibatkan suasana kampung tidak tenteram, "katanya ketika berucap dalam Majlis Amanat Tahun Baharu kepada 78 pengerusi JPKK,JPKKOA dan JKKR di Dewan Kompleks Umno Jelebu di sini hari ini.

Jalaluddin berkata pengerusi kampung perlu memastikan kesejahteraan dan keharmonian di kampung masing-masing berjalan dengan lancar dan baik bukan menjadi tukang adu domba sehingga berlaku perpecahan sekaligus memberi impak kepada perpaduan.

Selain itu katanya pengerusi yang tidak sealiran dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Jelebu juga bakal berdepan tindakan dipecat serta merta.

"Mereka perlu memainkan peranan dan seiringan dengan Adun di kawasan mereka supaya segala perancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan, "katanya.

Ditemui selepas majlis berkenaan Jalaluddin yang juga Pengerusi Umno Negeri Sembilan berkata tindakan memecat pengerusi kampung bertujuan mengelakkan berlakunya suasana tidak baik di peringkat kampung sekaligus mengeruhkan lagi keadaan yang semakin bertambah baik ketika ini.

" Sebagai ketua kampung mereka perlu bertindak selaras misi dan visi kerajaan, menjadi penyampai dasar kerajaan kepada penduduk, malah menjadi penyatu dalam Kerajaan Perpaduan bukan membawa kepada agenda perpecahan, "katanya.

Mengenai gesaan supaya kerusi DUN Klawang diserahkan semula kepada Umno, Jalaluddin berkata ia perlu dibawa ke meja perbincangan dan ketika ini belum diputuskan apa-apa mengenai hal berkenaan.


Disiarkan pada: Januari 24, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.096641 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list