CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26967|Reply: 0

[Johor] Suri rumah rugi RM853,000 akibat pelaburan mata wang kripto

[Copy link]
Post time 23-1-2025 09:39 PM | Show all posts |Read mode

M Kumarasan menunjukkan barang rampasan kes samun ketika sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, hari ini. FOTO Izz Laily Hussein

Iskandar Puteri: Seorang suri Rumah oerugian RM853,000 selepas terpedaya dengan keuntungan besar pelaburan mata wang kripto menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, wanita tempatan berusia 54 tahun itu mendakwa diperdaya seorang lelaki tempatan yang menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 10 peratus dalam tempoh tujuh hingga 10 hari.

Menurutnya, mangsa yang tertarik dengan tawaran itu memuat turun aplikasi pelaburan dalam talian seperti diarahkan.

"Mangsa melakukan sebanyak 26 transaksi ke 12 akaun bank berbeza, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM853,000.

"Pada 4 Disember tahun lalu, mangsa menerima pulangan pelaburan pertama sebanyak RM5,555.

"Selepas itu, mangsa gagal menghubungi suspek dan tidak dapat mengakses aplikasi pelaburan terbabit, sekali gus menyedari dirinya ditipu," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Kumarasan, mangsa membuat laporan polis pada 20 Januari lalu dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Disiarkan pada: Januari 23, 2025












Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.301213 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list