CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10247|Reply: 0

[Johor] Penebar roti canai rogol OKU dijel 15 tahun, 8 sebatan

[Copy link]
Post time 22-1-2025 06:18 PM | Show all posts |Read mode

Tertuduh, Mohd Din dipenjara 15 tahun dan lapan sebatan kerana rogol dan cabul pelajar OKU. FOTO Alias Abd Rani

Muar: "Banyak benda saya kena tanggung di luar sana, saya merayu sangat mahkamah ringankan hukuman terhadap saya."

Demikian rayuan seorang lelaki warga emas ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan merogol dan amang seksual fizikal terhadap anak jirannya yang juga pelajar perempuan orang kelainan upaya (OKU), bulan ini.

Mohd Din Mohd Salleh, 60, yang juga penebar roti canai mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan sebelum Hakim Sayani Mohd Nor menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan terhadapnya.

Namun, mahkamah memutuskan hukuman penjara berjalan serentak berkuat kuasa dari tarik tertuduh ditangkap, 17 Januari lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa merogol pelajar perempuan OKU berusia 13 tahun di dapur rumah sewa di Kluang, antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi, 11 Januari lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dengan kejadian berlaku pada tarikh, waktu dan lokasi sama.

Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017,masing-masing penjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh berjiran dengan keluarga mangsa, menghubunginya untuk berjumpa di dapur rumah sewa mereka.

Sebaik ke dapur, mangsa menunggunya atas sofa dan tidak lama kemudian, tertuduh tiba lalu melakukan perbuatan itu.

Ketika kejadian, ibu bapa mangsa sedang tidur dan mereka terjaga apabila mendapati anaknya tiada.

Apabila keluar dari rumah, ibu mangsa mendapati anaknya dalam keadaan tidak terurus sebelum melihat kelibat tertuduh yang kemudiannya melarikan diri.

Ibu mangsa mengesyaki sesuatu berlaku terhadap anaknya lalu membawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan didapati ada kes rogol terhadap mangsa.

Berikutan itu, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pada hari sama dan tertuduh akhirnya ditahan enam hari kemudian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Othman Affan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selain menjatuhkan hukuman itu, mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling semasa dalam tahanan dan pengawasan polis setahun selari dengan Seksyen 26 dan 27 AKKSTKK.


Disiarkan pada: Januari 22, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-4-2025 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.083206 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list