CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12714|Reply: 0

Lintah hisap darah dalam paru-paru Oleh KOSMO 20 Januari 2025, 1:00 pm

[Copy link]
Post time 20-1-2025 04:46 PM | Show all posts |Read mode

Seekor lintah hidup sepanjang 12 sentimeter yang dikeluarkan daripada paru-paru pesakit. - Jam Press


BEIJING – Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun di China tidak menyangka masalah pernafasan dialami berpunca daripada seekor lintah hidup di dalam paru-parunya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kanak-kanak dikenali sebagai Xiaoxiang itu menjalani rawatan di beberapa hospital tempatan untuk masalah batuk berdarah.


Dia kemudian dirujuk ke Hospital Rakyat Puer selepas tidak sembuh.

“Semasa menjalani rawatan di Hospital Rakyat Puer, pesakit batuk dengan teruk dan mengeluarkan ‘objek’  aneh.

“Objek itu ialah seekor lintah hidup berukuran 12 sentimeter panjang,” kata seorang pakar hospital berkenaan.

Pesakit kemudian menjalani beberapa rawatan susulan untuk memastikan tiada lintah lain di dalam badannya.

“Lintah besar itu berada dalam paru-paru Xiaoxiang untuk jangka masa lama, menyebabkan dia mengalami jangkitan serius.

“Dia kini pulih. Jika lintah itu tidak dikeluarkan, pesakit boleh meninggal dunia kerana lemas,” tambahnya. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2025 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.340527 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list