CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5361|Reply: 0

[Johor] Lori gagal pemeriksaan, lelaki tampar kakitangan Puspakom

[Copy link]
Post time 17-1-2025 07:48 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video tular kejadian seorang lelaki menampar kakitangan Puspakom

Johor Bahru: Hanya kerana lorinya gagal dalam pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), seorang lelaki bertindak menampar seorang kakitangan Puspakom Johor Bahru, November lalu.

Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis Puspakom di Taman Daya di sini, sebelum tular di media sosial sejak awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima video itu menerusi satu pautan di aplikasi X, kira-kira jam 3 petang tadi.

Beliau kemudian mengesahkan kejadian itu berlaku pada jam 5.40 petang, 18 November lalu.

"Laporan polis sudah diterima daripada mangsa iaitu seorang lelaki warga tempatan berusia 38 tahun yang juga kakitangan Puspakom itu.



"Suspek pula seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun adalah pelanggan Puspakom. Dia bertindak menampar mangsa selepas mendapati lorinya gagal dalam pemeriksaan kenderaan yang dijalankan oleh mangsa," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut Raub, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Pada masa sama, Raub menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan video berkenaan di media sosial bagi mengelakkan salah faham atau spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan kes.

"Kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian, boleh menghubungi terus pegawai penyiasat kes Inspektor Mohd Syahriezam Shamri di talian 014-8028427," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.060495 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list