CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5353|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Tilik nasib di TikTok, 2 wanita dipenjara 2 bulan, didenda RM1,000

[Copy link]
Post time 17-1-2025 07:46 AM | Show all posts |Read mode

Wanita warga Indonesia dan kekasihnya dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini. FOTO IHSAN JHEAINS.

Seremban: Wanita warga Indonesia dan 'kekasihnya' dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan tilik nasib menggunakan kad tarot, secara dalam talian, tahun lalu.

Hakim Syarie Zulfikri Yasoa turut memerintahkan Herlin Juita, 39 dan Noriah Mahamad Isa, 40 membayar denda RM1,000 dan jika gagal bayar boleh dipenjara tujuh hari selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Herlin Juita didakwa melakukan perbuatan yang berlawanan dengan hukum syarak iaitu menilik nasib menggunakan kad tarot melalui aplikasi TikTok.

Kesalahan itu dilakukan pada 13 Disember 2024, jam antara 5 petang hingga 7 petang di sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan, di sini.

Berikutan itu tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.

Sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Noriah pula didapati bersubahat dengan Herlin melakukan perbuatan itu dengan menjadi pembantu untuk menaikkan jumlah dan menarik perhatian penonton untuk menarik pelanggan.

Bagi kesalahan berkenaan, dia didakwa mengikut Seksyen 35 yang dibacakan bersama dengan Seksyen 52 Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.

Pihak pendakwaan yang diwakili Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan, Azizuddin Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Difahamkan, kedua-dua tertuduh membayar denda berkenaan.

Media pada 18 Disember lalu melaporkan wanita warga Indonesia bersama kekasihnya, juga wanita berperawakan seperti lelaki mampu meraih RM100 dalam tempoh dua jam dengan hanya menilik nasib seseorang menggunakan kad tarot.

CAPTION: SEREMBAN 16 JANUARI 2025. Wanita warga Indonesia dan kekasih 'pengkidnya' dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini, atas pertuduhan melakukan tilik nasib menggunakan kad tarot, secara atas talian, tahun lalu. FOTO IHSAN JHEAINS.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.083150 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list