CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22969|Reply: 0

[Johor] Gagal elak kereta terbabas, penunggang motosikal maut

[Copy link]
Post time 11-1-2025 11:41 PM | Show all posts |Read mode

Kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di KM21.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di Senai, malam tadi. - Foto NSTP/Ihsan POLIS

KULAI: Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kenderaan yang terbabas di Senai di KM21.7 Lebuhraya Utara Selatan pada 11.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, berkata kemalangan itu membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC dan kereta jenis Toyota Mark X.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki warga Bangladesh berusia 26 tahun di lorong kiri hilang kawalan dan melanggar besi penghadang kiri jalan.

Katanya, motosikal dinaiki seorang pemuda berusia 21 tahun yang dari arah belakang tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang kereta.

"Penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat penunggang motosikal dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim Kulai bagi bedah siasat manakala pemandu kereta hanya mengalami kecederaan ringan," katanya menerusi siaran media hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan kemalangan berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim di talian 017-7573507," katanya.

Januari 11, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 05:22 PM GMT+8 , Processed in 1.537698 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list