CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22895|Reply: 0

[Johor] 'Panggilan video tidak berjawab, rupanya ibu bapa dan adik maut nahas'

[Copy link]
Post time 11-1-2025 11:38 PM | Show all posts |Read mode

Masanah (kanan) bersama besannya, Siti Aminah Tumin, 45 (kiri) menunjukkan gambar anak, menantu dan cucu mereka yang terlibat kemalangan maut di Jalan Batu 3, Kota Tinggi tengah hari tadi. - NSTP/Omar Ahmad

KOTA TINGGI: "Anak sulung arwah berusia tiga tahun ada membuat panggilan video kepada ibunya tengah hari tadi tetapi tidak berangkat, tidak sangka mereka terlibat kemalangan," kata Masanah Buyong.

Masanah, 60, adalah ibu kepada Aieman Azriq Ahmad, 22, yang maut bersama isteri, Nurul Fazilah Noor Azmi, 22 dan anak bongsu pasangan itu, Aryan Khalif, lima bulan serta rakan mereka, Mohd Rasyid Razali, 18, dalam kemalangan membabitkan Toyota Vios dinaiki mereka dengan sebuah lori di Jalan Batu 3, Kota Tinggi hari ini.

Beliau berkata, hasil perkahwinan anak dan menantunya, pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata dengan yang sulung adalah anak lelaki berusia tiga tahun.

"Anak sulung arwah memang rapat dengan saya dan suami kerana yang sulung memang kami jaga, kadang kala ada juga nenek datuk sebelah menantu ambil bawa balik Pasir Gudang.

"Cuma tadi anak sulung mereka tidak ikut bersama. Biasanya kalau tidak bersama, cucu akan suruh datuknya untuk buat panggilan video kepada ibuya.

"Namun tadi apabila buat panggilan video pada tengah hari tidak berangkat pula, saya tak sangka pula ketika itu mereka sudah terlibat kemalangan," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, di sini hari ini.

Masanah berkata, jenazah tiga beranak itu akan disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin di sini.

Katanya, walaupun bersedih dengan kehilangan mereka yang tinggal bersamanya di Kampung Temenin Baru di sini sekaligus, namun tetap reda dengan pemergian insan kesayangannya itu.

"Selama 18 tahun saya menanti kehadiran Aieman dalam hidup kami tidak sangka dia akan pergi dahulu.

"Saya mendapat tahu kejadian kemalangan itu dari kumpulan WhatsApp keluarga yang memaklumkan anak terlibat nahas jalan raya.

"Seorang lagi menantu kemudian hubungi saya sambil menangis menyuruh saya ke lokasi kejadian. Bila buka balik WhatsApp keluarga saya lihat mereka beritahu cucu saya sudah meninggal dunia.

"Kali terakhir saya berjumpa anak, menantu dan cucu pada malam tadi. Biasanya isterinya balik kerja jam 6.30 petang dan ambil anaknya di rumah pengasuh.

"Malam tadi mereka keluar, namun saya tidak tahu mereka ke mana. Kehilangan anak cucu menantu ini memang sukar dilupakan kerana mereka duduk bersama saya dan lebih-lebih lagi untuk saya dapatkan Aieman ambil masa 18 tahun jarak dengan abangnya," katanya.

Januari 11, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 05:23 PM GMT+8 , Processed in 1.552232 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list